1 – TUJUAN UTAMA 

Kenalpasti tujuan anda membeli komputer – adakah untuk penggunaan peribadi sahaja, kerja di pejabat, perniagaan atau kombinasi dua tujuan? Pastikan anda benar-benar faham dengan tujuannya supaya pembelian komputer yang dibuat adalah sesuai dan tepat dengan situasi anda.

Contoh 1 : Sekiranya anda seorang pelajar IPT, anda sering membuat ulangkaji & asaimen & berhibur dengan komputer di mana2 sahaja termasuk di tempat awam, jadi anda perlukan komputer riba@notebook yang sangat mudah dibawa ke mana2.

Contoh 2 : Sekiranya anda seorang pekerja swasta dan hobi utama anda bermain permainan komputer berjam2 lamanya secara online di rumah sahaja, anda lebih sesuai dengan komputer jenis desktop atau PC.

2 – BAJET

Anda mesti tahu tahap kemampuan kewangan sendiri sebelum memutuskan untuk membeli mana2 komputer yang diingini. Jika bajet tidak menjadi halangan, maka lebih banyak pilihan boleh dibuat termasuk komputer tablet yang lebih mahal.

Tapi bagaimana dengan anda yang mempunyai kekangan bajet namun masih sangat perlukan sebuah komputer sendiri? Anda harus bijak berbelanja benda yang perlu dan bukan apa yang kita mahu. Asalkan ianya sebuah komputer baru dan sesuai dengan keperluan anda, itu sudah cukup bertuah!
3 – SPESIFIKASI
Pada saya, spesifikasi komputer tidak terlalu banyak beza antara satu sama lain. Tapi perbezaan harga cukup jauh berbeza walaupun perbezaan spesifikasinya tidak banyak! Contoh : Dell Inspiron 7420@RM2,799.00 V.S Dell Alienware M17X@RM5,549.00
4 – BANDINGKAN HARGA DI BANYAK KEDAI 
Luangkan masa anda untuk membuat kajian harga berdasarkan spesifikasi & bajet yang anda telah pilih. Hal ini akan lebih menjimatkan masa anda. Pastikan anda membandingkan harga dengan spesifikasi yang sama walaupun tidak sama jenama supaya perbezaan prestasinya tidak jauh berbeza! Harga komputer boleh didapati secara online, iklan, katalog atau pergi sendiri ke kedai2 komputer.
5 – DAPATKAN KOMENTAR PENGGUNA
Atau dalam english disebut ‘review’ boleh didapati dengan mudah di internet. Walaupun ada yang bersifat berat sebelah atau strategi pemasaran, namun masih ada ‘review’ yang dibuat secara jujur. Jika anda berpeluang berbual2 dengan mereka yang arif tentang komputer dan kedai2 repair PC akan memberi kelebihan info buat anda.
6 – TAHU PUSAT SERVIS BERHAMPIRAN
Walaupun komputer baru, namun kebarangkalian untuk rosak tetap ada – sama ada rosak akibat perbuatan sendiri ataupun rosak akibat kecuaian pengilang (factory defect). Dapatkan info tentang pusat servis yang paling hampir dengan kediaman anda supaya mudah untuk urusan penggantian(sekiranya berlaku). Boleh dapatkan info melalui laman web rasmi pengeluar berkenaan.

MEMBELI DENGAN YAKIN DI :

WWW.TYFONTECH.COM