1. Luminan

Ia diukur berdasarkan kandela setiap meter persegi yang mempamerkan kekuatan cahaya monitor.

2. Saiz skrin 

Walaupun secara teorinya, saiz 10 inci cukup untuk memberi penglihatan kepada pengguna namun monitor turut menawarkan saiz sehingga 42 inci.

3. Nisbah Aspek

Beberapa nisbah aspek kini ditawarkan seperti 4:3 sehingga teknologi terkini iaitu 16:9 bergantung kepada jenis monitor.

4. Resolusi

Antara aspek penting termasuk resolusi paparan memberi makna jumlah piksel setiap dimensi yang boleh disiarkan.

5. ‘Dot Pitch’

Ia adalah jarak antara piksel untuk warna sama dalam millimeter. Secara umumnya, lebih kecil jumlah dot pitch, lebih jelas imej dipaparkan.

6. Kadar ‘Refresh’

Jumlah nombor dalam sesaat yang membuatkan paparan menjadi terang.

7. Masa tindak balas

Jumlah piksel dalam monitor yang berubah dengan pantas. Ia diukur berdasarkan millimeter. Lebih sedikit nombornya, lebih pantas nombor itu, lebih laju pergerakan imej dibawa.

8. Nisbah Kontras

Keseimbangan kecerahan antara putih dan hitam yang mampu dihasilkan monitor.

9. Penggunaan tenaga

Diukur berdasarkan ‘watt’

10. Sudut pandangan 

Ia memaparkan sudut pandangan paling jauh yang boleh dilihat berdasarkan darjah.

Acer antara pengeluar monitor paling unggul dengan puluhan produk yang menawarkan keunggulan rekaan dan teknologi malah ia turut memperkenalkan produk terbarunya iaitu Acer H235H dilengkapi beberapa teknologi.

Antaranya, teknologi Pengurusan e-Color yang menyesuaikan mod visual mengikut kehendak pengguna dengan nisbah kontras dinamik 100,000:1. Kini, monitor menuju perubahan dunia digital apabila turut mengalami evolusi definisi tinggi apabila mula menyokong format HDMI yang dijangka digunapakai dalam lima tahun mendatang. Harga monitor bagi monitor LCD mungkin bermula RM400 hingga RM2,000 manakala harga bagi HDMI masih tinggi namun demi kepuasan visual terbaik, pengguna perlu memilih produk berkualiti tinggi yang menjamin tahap inovasi canggih. Walaupun memilih monitor tidak sesukar membuat penilaian terhadap produk dalaman CPU, pengguna masih perlu berhati-hati dalam memastikan pelaburan jangka panjang mampu membawa keuntungan.

Setakat ini, pengguna menyaksikan rekaan monitor berbentuk empat segi tepat namun tidak mustahil pada masa depan, ia boleh dipelbagaikan mengikut selera mata serta keperluan pengguna. Selain itu, monitor kini berjaya dievolusikan agar ia mampu disentuh seperti dilihat melalui kajian Microsoft menjadikannya lebih dekat dengan naluri manusia yang menggantikan papan kekunci sedia ada.

Kita menunggu evolusi skrin sesentuh pada monitor mampu menghilangkan papan kekunci konvensional pada masa akan datang dan menggantikannya kepada papan kekunci maya yang lebih baik serta menjimatkan ruang.