Realitinya game merupakan hal utama dalam hidup seorang gamer. Oleh itu, ramai antara gamer mempersoalkan tentang peranti mana yang lebih sesuatu untuk bermain game. Untuk para gamer yang lama mungkin sudah menemui peranti yang sesuai. Tetapi tidak pada yang baru, newbie.

Dikesempatan itu, kami dari Tyfon Tech Sdn Bhd akan berkongsi sedikit informasi buat semua penggemar game supaya para gamer boleh memilih peranti manakah yang lebih sesuai dan mendapat kepuasan semasa bermain game.

LAPTOP GAMING

1. KELEBIHAN

  • Laptop mudah untuk dibawa kemana-mana.
  • Tidak memerlukan aliran elektrik sepanjang masa.
  • Bentuknya yang kecil dan tidak perlukan tempat yang besar semasa bermain game.

2. KEKURANGAN

  • Cepat panas dan tidak boleh bermain game terlalu lama.
  • Harga yang agak mahal.
  • Tidak boleh upgrade hardware.
  • Susah untuk mencari barang ganti sekiranya rosak.

PC GAMING

1. KELEBIHAN 

  • Boleh upgrade hardware mengikut kesesuaian game yang hendak dimain.
  • Harganya yang lebih murah jika dibandingkan dengan laptop gaming.
  • Lebih mudah mencari barang ganti sekiranya mengalami kerosakkan.

2. KEKURANGAN

  • Memerlukan tempat dan kawasan yang besar untuk diletakkan.
  • Tidak boleh dibawa kemana-mana.
  • Memerlukan aliran elektrik secara berterusan.

Tips untuk gamer, sila buat perbandingan harga sebelum membeli barangan untuk game. 🙂