Pengertian Hard Disk & Fungsinya | Buat anda yang sedang mencari pengertian hardisk dan fungsinya untuk pengetahuan atau untuk mengerjakan tugas, saya akan beri penjelasan secara terperinci sesuai dengan pertanyaan yang sering muncul di pencarian google. Memang penting untuk mengetahui kegunaan hardisk agar anda tau bagaimana cara membaiki hardisk dan menggunakanya secara betul.
PENGERTIAN HARD DISK
Hardisk adalah salah satu komponen perangkat keras (hardware) penyokong komputer atau laptop yang menyediakan ruang untuk menyimpan data atau output dari proses data yang dilakukan oleh komputer dan manusia. Hardisk biasanya berbentuk kotak dan didalamnya terdapat piringan tempat data-data tersimpan. Hardisk bersifat menyimpan data walaupun komputer atau laptop anda terpadam, data-data yang ada dalam hardisk akan tetap ada kecuali anda menghapuskannya secara manual atau hardisk terkena virus.
FUNGSI HARD DISK
Fungsi Hardisk adalah untuk menyimpan data secara tetap ke dalam sektor-sektor yang terdapat pada disk yang telah tersedia di dalamnya untuk di baca dan menulis, lain hal nya dengan RAM yang fungsinya hanya untuk menyimpan data secara sementara. Oleh kerana itu, peranan hardisk sangatlah vital kerana apa gunanya komputer jika tidak boleh menyimpan data yang telah diproses.
Sebelum boleh digunakan, hardisk haruslah terlebih dahulu di bahagi sesuai dengan format sistem operasi yang digunakan, contoh dalam windows format bahagian pada hardisk biasanya jenis NTFS. Mengapa format penting untuk dilakukan? Kerana supaya sistem operasi boleh mengenali dan menggunakan hadisk sesuai dengan format operasi tersebut.