1. Soket CPU atau Prosesor Soket, digunakan untuk menginstall atau memasukkan prosesor. Ada dua jenis soket yang kita kenal, iaitu soket LIF dan soket ZIF. Soket LIF singkatan dari Low Insertion Force, iaitu soket model lama. Manakala soket ZIF adalah singkatan dari Zero Insertion Force merupakan soket model baru.
2. North Bridge, letaknya selalu dekat dengan soket prosesor iaitu merupakan salah satu komponen penting dari motherboard. North Bridge adalah titik fokus dari motherboard dan disebut juga dengan memory controller hub. North bridge terhubung dengan soket prosesor, slot RAM serta slot AGP.
3. South Bridge dan North Bridge, adalah dua kutub utama motherboard. South Bridge terhubung dengan antaramuka IDE primer dan sekunder, konektor SATA, konektor Floppy Drive, slot PCI dan BIOS.
4. Slot RAM adalah komponen pada motherboard yang digunakan untuk memasukkan RAM.
5. Slot AGP digunakan untuk memasukkan AGP Card. AGP atau singkatan dari Accelerated Graphics Port, adalah slot untuk grafik kad yang ditujukan untuk game 3D. Letaknya selalu di samping slot PCI.
6. Slot PCI digunakan untuk memasukkan kad seperti kad LAN, Kad suara dan kad TV tuner. PCI adalah singkatan dari Peripheral Component Interconnect.
7. Complimentary Metal Oxide Semicondutor (CMOS) adalah sebuah bateri yang memasukkan power pada sebuah memori kecil. Berfungsi untuk menyimpan penetapan konfigurasi komputer, waktu dan lain-lain. CMOS menjaga agar kita tidak perlu mengkonfigurasi hal-hal tersebut setiap kali kita menyalakan komputer.
8. Primary and Secondary IDE Interfaces juga disebut dengan konektor IDE atau konektor PATA. IDE adalah kependekkan dari Integrated Device Electronics, yang mendukung untuk perangkat IDE, seperti Hard Disk dan CD dan DVD Drive.
9. Konektor SATA juga disebut sebagai konektor Serial ATA. SATA kependekkan dari Serial Advanced Technology Attacgment, yang berguna untuk menghubungkan perangkat serial ATA.
10. BIOS adalah singkatan dari Basic Input Output System, yang juga merupakan salah satu bahagia chip penting dari motherboard untuk melakukan POST (Power On Self Test).