Kenapa laptop anda cepat panas ? | Pernah pakai laptop ? Biasa ramai yang mengadu atau persoalkan kenapa laptop cepat sangat panas ? Disini kami nyatakan mengapa dan punca laptop anda cepat panas. Harap membantu.
Terdapat beberapa punca mengapa laptop cepat panas. Antaranya ialah :
1. LAMA WAKTU PENGGUNAANNYA
Kita tentunya sudah tahu, penggunaan laptop pada jangka masa yang lama boleh mencetuskan peningkatan suhu pada komponen-komponen yang ada pada laptop. Apa lagi jika laptop digunakan untuk membuat kerja berat seperti bermain game atau untuk keperluan rekabentuk grafik. Ini lebih mempercepatkan laptop menjadi lebih panas.
2. PELETAKAN LAPTOP KINI DIGUNAKAN
Peletakan laptop pada kedudukan sedang digunakan menjadi penting kerana boleh memberi kesan pada peredaran udara yang ada didalam laptop tersebut.
Misalnya kita sering menggunakan komputer riba dan diletakkan diatas katil ataupun diatas bantal, ini boleh menghalang peredaran udara pada komputer riba yang kesannya adalah mempercepatkan proses peningkatan suhu panas pada komponen-komponen didalamnya. Cara penggunaan seperti iti boleh menyebabkan kotoran pada bahagian-bahagian yang ada di dalam komputer riba, semisal pada heatsink prosesor.
3. KIPAS TIDAK BERFUNGSI NORMAL
Kipas yang tidak berfungsi dengan normal merupakan salah satu sebab panasnya laptop ketika digunakan. Kerana, jika kipas tidak berfungsi dengan normal maka akan menyebabkan hawa panas didalam laptop terkumpul dan sukar untuk mengalirkan hawa dingin pada komponen didalam laptop. Masalah seperti ini biasanya timbul kerana banyaknya kotoran yang terkumpul pada kipas yang boleh melambatkan prestasi dari kipas itu sendiri.
4. THERMAL PASTE KERING
Salah satu komponen yang cepat panas pada laptop adalah pada bahagian prosesor, biasanya boleh dilihat pada bahagian atas prosesor itu yang disebut thermal paste yang bertujuan untuk mengurangkan panas yang dihasilkan oleh prosesor. Apabila laptop masih baru, biasanya tidak ada masalah pada terma pastenya, tetapi setelah melewati masa pemakaian yang lama, lama-kelamaan thermal paste akan mengering dan ini akan memberi kesan panas pada prosesor.