Laptop terpakai, Laptop secondhand, Laptop Murah

Kebaikan membeli laptop terpakai yang murah | Terdapat banyak faedah dalam membeli desktop atau laptop yang terbaik dan murah.  Disini kami senaraikan sebab munasabah mengapa membeli komputer terpakai itu memiliki banyak faedah di masa akan datang. Semoga artikel ini bermanfaat buat individu yang masih belajar.

Antara kebaikannya ialah:

Kos yg dikeluarkan untuk membeli PC/Laptop yg baru semestinya tinggi. Membeli PC/Laptop 2nd hand pengguna dapat memiliki spesifikasi yg sama dengan harga yang lebih murah dan jimat.

Selain itu, bagi kebanyakan individu mendapatkan PC/Laptop yang terbaru dan spesifikasi terbaik bukanlah keperluan kerana kebanyakannya digunakan hanya untuk membaca blog, youtube dan melayari facebook. Disebabkan itu, komputer yang telah 4 – 5 tahun dalam pasaran masih boleh diguna pakai.

“Consumer Culture” (Budaya Pengguna membeli peralatan yang baru) telah memberi impak yang negatif kepada persekitaran dalam bentuk pembaziran elektronik dimana berjuta handphone, komputer dan peralatan elektronik dibuang setiap tahun. Membeli PC/Laptop 2nd hand dapat mengurangkan jumlah tersebut.

Kebanyakan pengguna yg mengamalkan “Consumer Culture” risau sekiranya PC/Laptop 2nd hand yang dibeli tidak “compatible” dengan program-program yang ada sekarang. Bagi sesetengah program memang memerlukan peralatan yang baru supaya sesuai dan “compatible” tetapi majority program yang diguna pakai ke hari ini masih “compatible” dengan PC/Laptop model yang lama.

Seterusnya pengguna dapat membuat perbandingan harga dan spesifikasi apabila berkunjung ke kedai komputer berdekatan. Pengguna boleh memeriksa sendiri keadaan PC/Laptop 2nd hand yang ingin dibeli. Sekiranya perbandingan ini dilakukan online, pengguna perlu mencari ‘review/feedback’ yang telah diberi.

Bagi ‘gamers’ yang ingin mendapatkan desktop dengan spesifikasi “gaming”, adalah lebih digalakkan supaya membuat desktop gaming sendiri kerana peralatan yang digunakan boleh didapati dikedai komputer berdekatan dan jauh lebih murah berbanding desktop gaming yang berada di pasaran sekarang. Pastikan desktop yang ingin dibeli boleh dibuat penambahbaikan (upgradable).

Membeli PC/Laptop 2nd hand memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak, baik peniaga dan juga pengguna kerana ia menggalakkan kita untuk ‘kitar semula’ barang yang tidak digunakan. Contoh, komputer anda yang lama boleh dijual/ditukar di kedai-kedai komputer terpakai berdekatan.