Buat sedikit “research” top 10 atau top 5 laptop yang paling anda suka.
~Saya berikan contoh top 10…
~ Saya senaraikan 5 contoh pilihan saya sendiri.
- Asus
- Dell
- Samsung
- NEC
- Fujitsu
Saya berikan contoh pilihan 3 terbaik. ( pilihan saya sendiri )
- Asus
- Dell
- Fujitsu
Petua ini top 10, top 5 dan top 3 adalah berdasarkan 5 perkara :
- Jenama
- Prestasi ( jenis CPU, kelajuan CPU dan RAM, ciri-ciri moden contohnya USB 3.0, HDMi )
- Rekabentuk ( berkotak / aerodinamik / nipis )
- Warna / corak ( gelap / cerah / batik / wooden effect / country style )
- Harga yang ditawarkan ( bergantung pada bujet )
- Jangan beli kerana disebabkan kawan-kawan ramai beli, jenama tersebut banyak di kedai-kedai komputer, kerana kata-kata promoter…sebaliknya beli kerana anda sudah betul-betul yakin jenama laptop yang akan anda beli itu adalah yang terbaik setelah dikaji / survey.
- Jangan beli kerana cadangan / pujukan dari penjual / promoter kedai tersebut. Untuk pengetahuan anda, 80% penjual adalah kurang jujur dan hanya memikirkan keuntungan. Survey dahulu di forum internet, cari masalah dan kelebihan sesuatu jenama laptop yang ingin dibeli.
- Jangan sesekali merasakan “….ah! semua laptop sama je…! harga je ada murah ada mahal” Setiap pengeluar menghasilkan produk untuk perniagaan iaitu mencari keuntungan jualan, maka buatlah kerja “servey” beberapa tempat / kedai sebelum anda yakin untuk membelinya. Jangan terlalu cepat percaya dengan iklan / promosi / kata-kata manis jurujual yang kononya ia paling baik.
- Elakkan membeli jenama laptop yang ditawarkan dengan harga murah sedangkan spec yang diberikan adalah sama seperti jenama laptop lain tetapi harganya mahal dan berpatutan dengan spec diberikan. Kebiasaanya laptop begini amat mudah rosak walaupun spec yang diberikan sangat bagus. Contohnya, sepatutnya spec diberi adalah pada harga RM1,300 tetapi harga ditawarkan jauh lebih murah. Hati-hati dengan perkara terselindung seperti ini!
- Beli berdasarkan tujuan penggunaan! Sekiranya untuk kerja-kerja menaip, internet dan blogger, harga RM1, 200 hinga 1, 400 adalah memadai. Sekiranya tugasan berkaitan designer, pilihlah yang berharga RM2,000 hingga RM4,000 yang menjanjikan prestasi optimum. Jika anda sukakan Photoshop, Premiere dan sepertinya, saya cadangkan pilih jenama Apple.