Ada dikalangan anda mungkin pernah alami masalah yang akan kami bahaskan ini. Iaitu fail sembunyi di flashdisk. Sebenarnya ada 2 kemungkinan penyebab fail sembunyi. Pertama, mungkin tersalah tekan yang menyebabkan sesuatu fail itu tersembunyi dan yang kedua kemungkinan disebabkan virus.

Terdapat cara untuk mengembalikan fail yang tersembunyi itu. Caranya tidak lah terlalu mudah dan juga tidak lah terlalu sukar. Caranya juga tidak memerlukan sebarang software lain. Hanya perlu menggunakan ciri-ciri yang sudah tersedia di OS windows sahaja.
Mari kita mulakan caranya :
1) Kemungkinan pertama : Tidak sengaja tersalah tekan yang menjadikan fail tersembunyi
Perhatikan pada gambar “Drive G” hanya 1 folder sahaja yang ada walhal di dalamnya ada 3 folder. Folder yang lain semuanya tersembunyi.
Cara-caranya ialah :

a) Buka control panel , klik kanan pada butang start , kemudian pilih control panel

b) Klik pada “Category kemudian pilih Large Icons” untuk mempermudahkan mencari program.

c) Cari “File Explorer Option”

d) Tukar Mark “Don’t Show hidden files, folder , or drives” ke “Show hidden files,folder, or drives”. Kemudian klik “OK”

e) Sila cek di flashdisk anda adalah fail masih lagi tersembunyi atau sudah muncul. (Biasanya fail masih lagi kabur)

f) Untuk membuat fail itu tidak tersembunyi sangat mudah. Pilih semua fail yang dalam keadaan sembunyi tersebut kemudian klik kanan pada satu fail yang dipilih dan klik “properties”.

g) Hilangkan Mark pada “Hidden” dan klik “OK”.

h) Jika yang disusun itu adalah fail yang akan muncul di folder pilihan, klik “Apply changes to this folder only (untuk menampilkan folder saja, jika file di dalam folder tidak terhidden)” , klik “Apply changes to this folder, subfolder and files (jika file didalam folder juga terhidden). Kemudian klik “OK”.

2) Kedua berkemungkinan disebabkan virus

a) Buka CMD (Command Prompt). Caranya tekan butang “Windows + R” pada keyboard. Akan keluar aplikasi “RUN”, kemudian klik CMD dan klik “OK”. Maka akan terbuka Program CMD.

b) Kemudian klik nama drive flashdisk anda, misalnya yang ada di komputer saya adalah “FlashDisk(G:)”. Jadi klik G: kemudian tekan “Enter”.

Catatan : Nama drive mungkin berbeza di setiap komputer, contohnya = “E:”, “F:”,  “H:” dll

c) Langkah terakhir klik Attrib -r -a -s -h *.* /s /d kemudian tekan Enter. Tunggu hingga proses selesai. Akan keluar seperti berikut. (Mungkin boleh berbeza dari gambar)

d) File yang disembunyi oleh virus telah muncul semula.

Semoga bermanfaat! 🙂