
Mungkin anda pernah mengalami masalah saat speaker komputer sedang rosak dan tidak boleh digunakan, atau saat menggunakan laptop speaker anda sedang mengalami beberapa masalah sampai akhirnya tidak berfungsi. Tahukah anda bahawa ada cara untuk mengatasi hal ini, dengan menggunakan smartphone atau tablet #android anda? Jom kami kongsikan caranya.
Aplikasi dan Software Yang Diperlukan
1. Untuk peranti Android, install aplikasi Soundwire dari google play store melalui link ini
2. Untuk peranti PC, download dan install SoundWire Server melalui link ini
Setelah anda install aplikasi yang diperlukan, sila ikuti beberapa langkah berikut dibawah ini:
1. Apabila aplikasi sudah install, hubungkan peranti PC atau laptop sebagai server dan peranti android sebagai receiver pada satu jaringan wifi yang sama.
2. Buka Soundwire server pada PC anda, maka anda akan mendapati tampilannya seperti pada gambar dibawah ini:

Dalam gambar di atas, terdapat beberapa tetapan yang boleh anda pilih atau menyesuaikan dengan keperluan anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih peranti Output dalam Input Select dan merakam bunyi dengan butang rekod yang tersedia. Untuk melaraskan bunyi, anda boleh menggunakan 3 pilihan, iaitu melalui butang kelantangan yang terdapat pada Android, kelantangan pada Windows / Linux, atau melalui output audio pada server Soundwire.
Tetingkap server Soundwire masih menunjukkan maklumat terputus yang bermaksud antara Android dan PC masih tidak tersambung. Pada peringkat ini, tumpukan pada bahagian Server Address : 192.168.0.10
3. Sila buka aplikasi Soundwire pada peranti Android anda, maka anda akan mendapat paparan seperti gambar di bawah (server address masih kosong):

4. Masukkan server address yang disenaraikan di server Soundwire di PC pada aplikasi soundwire, kemudian klik pada logo Soundwire yang terletak pada form server sehingga warna logo menjadi oren.

5. Selepas itu check pada server Soundwire maka anda akan mendapati bahawa status telah berubah dari terputus (merah) ke terhubung (hijau).

6. Wireless speaker anda telah dihubungkan. Anda hanya perlu aktifkan muzik atau membuka video, audio akan keluar melalui android. Berikut ialah paparan server soundwire apabila aktif:

Sebagai nota sampingan, operasi Soundwire tidak memerlukan sambungan internet, tetapi cukup untuk menyambung ke rangkaian wifi yang sama. Dengan kata lain, anda boleh menggunakan tethering android tanpa perlu menyambung ke internet.
