Sekiranya dirumah anda ada menggunakan wifi, anda dinasihatkan agar sentiasa menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengelakkan wifi anda dicuri line dari jiran tertangga. Sekiranya anda gagal untuk menukar password, wifi anda ada potensi akan menjadi semakin lambat untuk mengakses internet kerana semakin ramai yang menggunakan wifi semakin banyak kapasti wifi digunakan.

Mungkin sekarang baru anda terfikir dan ingin tahu berapa banyakkan alat atau peranti yang sedang menggunakan wifi anda. Disini kami kongsikan dengan anda bagaimana cara untuk anda mengetahui alat yang sedang atau pernah dihubungkan dengan wifi anda.

a) Pertama sekali, anda perlu install aplikasi atau perisian WIOMW.

 

1) Letakkan nama pada bahagian “Penerangan/Description” untuk menandakan komputer yang mungkin disambungkan ke rangkaian Wifi anda.

2) Padankan “Alamat IP” dengan peranti yang anda benarkan untuk disambungkan. Kemudian letakkan “Dikenali/Known” pada tab “Dikenali/Tidak Dikenali / Known/Unknown” untuk menandakan anda mengenali peranti/alat tersebut.

3) Klik “X” pada tab “Alih Keluar/Remove” untuk mengalih keluar peranti/alat yang anda tidak dikenali.

Kini anda boleh memantau sesiapa sahaja yang menggunakan sambungan Wifi anda tanpa perlu risau tentang siapa yang mencuri rangkaian anda dan membuatkan sambungan anda lebih perlahan.