Biasanya kerja-kerja membongkar atau mengasingkan komponen komputer disebabkan terdapat komponen yang tidak berfungsi lagi dan tidak mampu dibaiki. Menjadi kerugian sekiranya tidak menggunakan komponen lain masih berfungsi. Di sini, kami akan kongsikan cara terbaik bagaimana ingin membuka kesemua komponen-komponen dalam komputer yang tidak boleh digunakan lagi.
Sedikit tips sebelum membongkar komponen komputer anda :
  1. Elakkan menyentuh peranti dengan tangan yang basah. Sekiranya boleh, haruslah memakai sarung tangan.
  2. Siapkan kesemua alat yang hendak digunakan untuk membongkar komponen komputer anda.
  3. Pastikan komputer dalam keadaan terpadam dan selamat dari elektrik.
CARA MENGASINGKAN KESEMUA KOMPONEN KOMPUTER DENGAN BETUL 
  • Buka casing CPU dan letakkan ia dalam keadaan baring.
  • Buka semua kabel yang disambungkan ke peranti di dalam CPU. (buka dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan port di mana kabel tersekat). Kemudian buka Power Supply. (Pastikan semua kabel terputus dari setiap Port).
  • Buka hard disk drive dan CD/DVD Rom menggunakan pemutar skru (biasanya terdapat 4 biji skru). Setelah semua skru di cabut, keluarkan hard disk dari tempatnya, kemudian letakkan di tempat yang kering dan rata. Pastikan kabel SATA telah dikeluarkan dari hard disk dan motherboard.
  • Buka RAM dengan menekan kekunci di tepi RAM. Perhatikan sama ada kunci sebenarnya dibuka sebelum mengeluarkan RAM daripada soketnya.
  • Setelah RAM dibuka, buka pula motherboard dengan kesemua skru yang terpasangan menggunakan pemutar skru. Kemudian keluarkan motherboard dari casing.
  • Buka heatsink prosesor (cara membuka heatsink prosesor berbeza-beza bergantung pada bentuk peranti dan soket). Jangan lupa buka juga kabel yang menghubungkan heatsink ke motherboard.
  • Buka Prosesor dengan membuka kunci Pemproses Socket. Perlu berhati-hati, kerana terdapat beberapa prosesor menggunakan jarum untuk menjalankan arus.