Dikesempatan kali ini kami akan membahaskan tentang bagaimana atau cara untuk memasang komputer dengan betul. Komputer yang dinamakan dalam nama lainnya adalah, CPU. Seperti yang kita tahu, memasang CPU tidak lah terlalu mudah dan juga tidak terlalu sukar. Di sini kami sertakan cara untuk pengetahuan anda.
Siapkan dahulu bahan-bahan yang hendak digunakan.
1) Sediakan bahan utama yang diperlukan
2) Semak keserasian antara semua perkakasan, terutamanya pada soket prosesor dan motherboard
3) Sediakan alat yang diperlukan
4) Siapkan mental dan fizikal anda supaya tidak tersalah semasa memasang komponen pada CPU
5) Tentukan matlamat anda kerana apa ingin memasang CPU
Langkah atau cara memasang CPU :
 
Komponen yang dikehendaki oleh kami (Contoh)
1) Prosesor : Intel® Core™ i3-3240, Socket LGA1155
2) Mobo : Gigabyte™ H61M-S2P R3, USB 3.0, Socket LGA1155
3) RAM : Kingston DDR3, 4GB
4) Kad VGA : Gigabyte™ NVIDIA Geforce GT 630
5) PSU : Dazumba 450W
6) Harddisk : Seagate 500GB, SATA
Caranya :
 
1) Pasang prosesor ke soket motherboard dengan membuka kunci pada motherboard terlebih dahulu. Kemudian beri thermal paste sebelum memasang heatsink(kipas)
2) Pasang heatsink di atas prosesor. Pasang dengan berhati-hati, pastikan dipasang dengan betul supaya tidak bergoyang.
3) Pasang motherboard pada casing.
4) Pasang kabel front panel.
5) Pasang RAM (Random Access Memory) dengan cara menekan di bahagian RAM hingga terkunci.
6) Pasang power supply. Kemudian pasang pula wayar di tempat yang sepatutnya.
7) Pasang Hard Disk dengan skru yang sesuai supaya tidak bergoyang.
8) Pasang Kabel SATA/ATA, yang kami gunakkan adalah kabel SATA kerana Hard Disk support dengan kabel SATA.
9) Pasang kad VGA. Sila pastikan kad VGA dipasang dengan betul.
10) Langkah terakhir ialah, rapikan kesemua kabel dan pastikan dipasang dengan betul. Terutamanya kabel untuk cooler fan. Kemudian tutup casing CPU. Dan selesai. CPU anda sudah siap dipasang.